Smart Resque Catamaran
Kolej Vokasional Pasir Gudang
About the Project
Kes lemas merupakan antara penyumbang utama kepada kehilangan nyawa terutamanya di kawasan sungai, tasik, pantai dan banjir. Dalam kebanyakan situasi, anggota penyelamat turut berhadapan dengan risiko tinggi apabila perlu memasuki air untuk menyelamatkan mangsa. Justeru itu, projek Smart Rescue Catamaran (SRC) dibangunkan sebagai sebuah catamaran penyelamat tanpa pemandu yang dikawal menggunakan sistem kawalan jauh (Remote Control). Catamaran ini direka dengan konfigurasi badan berkembar (catamaran) bagi memberikan kestabilan yang tinggi ketika bergerak di atas permukaan air. Projek ini turut dilengkapi dengan sebuah pelampung penyelamat yang ditempatkan di bahagian tengah dan boleh dilepaskan kepada mangsa. Setelah mangsa berpaut pada pelampung tersebut, catamaran akan menunda mangsa ke kawasan yang selamat. Pembangunan projek ini melibatkan proses mereka bentuk menggunakan gentian kaca (fiberglass), pemasangan sistem penujah (propulsion system), sistem kawalan jauh (remote control) dan mekanisme pelepasan pelampung. Hasil ujian menunjukkan prototaip mampu bergerak dengan stabil, menghantar pelampung kepada mangsa dengan pantas dan boleh menunda mangsa ke kawasan selamat. Projek ini berpotensi membantu meningkatkan keselamatan operasi menyelamat serta mengurangkan risiko terhadap anggota penyelamat. Kata Kunci: Catamaran, Penyelamat, Mangsa Lemas, Remote Control, Fiberglass
More from the same competition
Browse ShowcasePHARMACOLAB: EMPOWERING MEDICAL STUDENTS THROUGH AN INNOVATIVE DIGITAL APPROACH TO PHARMACOKINETICS LEARNING
JABATAN ANATOMI MANUSIA, FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
KL3IS-26e-CARE (Electronic Counselling & Assessment for Resilient Employees)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
KL3IS-263 PHASE WIFI DISTRIBUTION BOX USING TELEGRAM
KOLEJ VOKASIONAL BATU LANCHANG
KL3IS-26