Portable Recycle Infusion System (PRIS)
Kolej Vokasional Pasir Gudang
About the Project
Proses resin infusion (seperti VARTM) secara tradisinya bergantung kepada pengunaan vacuum pump komersial yang berkos tinggi dan memerlukan bekalan tenaga elektrik yang konsisten. Projek inovasi Portable Recycle Infusion System (PRIS) dibangunkan untuk mengatasi cabaran ini dengan memanfaatkan pemampat terpakai (recycle compressor) daripada perkakas elektrik terpakai sebagai sumber vakum gantian yang mampu milik, mesra alam, dan mudah alih. Sistem ini direka bentuk bagi menghasilkan tekanan negatif yang mencukupi untuk menyedot dan meratakan cecair resin ke dalam gentian komposit secara optimum tanpa menjejaskan kualiti fabrikasi. Reka bentuk PRIS mengintegrasikan unit pemampat kitar semula, injap kawalan tekanan, tiub penyambung, dan tangki perangkap resin (resin trap) dalam satu kerangka yang kompak. Ujian prestasi dilakukan bagi menilai tahap vakum yang dihasilkan, kadar aliran resin, serta kualiti hasil komposit berbanding kaedah resin infusion konvensional. Dapatan menunjukkan bahawa PRIS berjaya mengekalkan tekanan vakum yang stabil dan menghasilkan komposit tanpa gelembung udara (void-free) pada kos pembuatan yang jauh lebih rendah. Kesimpulannya, PRIS berpotensi besar menjadi alternatif praktikal dan berimpak tinggi untuk kegunaan bengkel skala kecil, institusi pendidikan, serta persekitaran lapangan yang memerlukan penyelesaian kitar semula yang lestari dan efektif. Kata Kunci: Portable Recycle Infusion System (PRIS), resin infusion, pemampat kitar semula (recycle compressor), bahan komposit, inovasi lestari.
More from the same competition
Browse ShowcasePHARMACOLAB: EMPOWERING MEDICAL STUDENTS THROUGH AN INNOVATIVE DIGITAL APPROACH TO PHARMACOKINETICS LEARNING
JABATAN ANATOMI MANUSIA, FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
KL3IS-26e-CARE (Electronic Counselling & Assessment for Resilient Employees)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
KL3IS-263 PHASE WIFI DISTRIBUTION BOX USING TELEGRAM
KOLEJ VOKASIONAL BATU LANCHANG
KL3IS-26