KL3IS-26

RAJA TEMPAT LETAK KERETA

SJKC TIONG HIN SIBU

About the Project

Inovasi Raja Tempat Letak Kereta dibangunkan sebagai bahan bantu mengajar yang interaktif bagi membantu murid prasekolah mengenal dan membaca perkataan Bahasa Cina dengan mudah, menyeronokkan dan bermakna. Inovasi ini berfokus kepada murid yang menghadapi kesukaran mengenal aksara, kurang minat serta kurang fokus semasa aktiviti pembelajaran. Kaedah permainan digunakan melalui aktiviti memadankan perkataan dengan ruang letak kereta yang betul, sekali gus mewujudkan pembelajaran secara bermain. Penggunaan bahan visual, warna dan pergerakan dapat menarik perhatian serta meningkatkan penglibatan murid. Inovasi ini diharapkan dapat membantu meningkatkan kemahiran mengenal dan membaca perkataan Bahasa Cina serta mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif, menyeronokkan dan berpusatkan murid.

More from the same competition

Browse Showcase