KL3IS-26

KIT LEXIGO 2.0

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

About the Project

Objektif Kit Lexigo 2.0 adalah seperti berikut: i. Membantu murid-muird meningkatkan kemahiran membaca perkataan bahasa Tamil dan meningkatkan penguasaan kosa kata. ii. Membantu murid-murid meningkatkan kemahiran mengeja perkataan bahasa Tamil iii. Membantu guru-guru supaya masalah penguasaan kemahiran membaca perkataan bahasa Tamil dapat diatasi dan dapat meningkatkan penguasaan kosa kata. Kit lexigo 2.0 ini mengandungi lima jenis permainan iaitu permainan mahjong, permainan lihat dan ingat, scrabble dalam Bahasa tamil, scrable suku kata dalam bahasa Melayu serta Kiub Bahasa Tamil. Kit Lexigo asal hanya mempunyai dua permainan. iaitu permainan mahjong, permainan lihat dan ingat. Penambahbaikan terbaharu dalam kit lexigo 2.0 ini ialah permainan scrabble Bahasa Tamil, permainan scrabble suku kata Bahasa Melayu dan permainan kiub bahasa Tamil. 4 kumpulan pelajar yang terdiri daripada dua hingga empat orang pelajar dapat bermain permainan ini pada satu-satu masa. Kit ini telah didaftarkan bawa MyIPO LY2025P06914. Permainan pertama, iaitu permainan mahjong ialah permainan mencipta perkataan menggunakan kad alphabet. Pelajar perlu mencipta perkataan 2KV, 3KV dan 4KV menggunakan kad-kad alphabet yang diperolehi secara rawak. Pelajar perlu membacakan perkataan yang dib bentuk kepada rakan-rakan lain lalu menyimpannya. Pelajar lain juga boleh membantu pelajar lain semasa permainan ini. Permainan kedua permainan lihat dan ingat. Kad-kad alphabet akan disusun bertelangkup di atas meja. Pelajar perlu membuka satu kad seterusnya kad kedua. Peajar perlu ingat kedudukan kad supaya dapat yang membuka kad yang betul untuk membentuk perkataan yang ada makna. Pelajar perlu membacakan kepada rakan-rakan perkataan yang dibentuk. Jika pelajar tidak berjaya membentuk perkataan, permainan akan diteruskan oleh pelajar seterusnya. Permainan ketiga ialah permainan scrabble Bahasa tamil. Permainan ini sama seperti permainan scrabble dalam bahasa Inggeris. Namun dibuat beberapa perubahan pada tapak scrabble tersebut dan cip alphabet bahasa Tamil digunakan dalam permainan. Pelajar perlu menggunakan cip-cip alphabet untuk membina perkataan di atas tapak scrabble lalu membacakannya kepada rakan-rakan. Setiap perkataan yang dibentuk diberi satu mata. Permainan keempat ialah permainan scrabble suku kata KV + KV dalam bahasa Melayu. Permainan ini dicipta apabila permainan scrable bahasa Tamil mendapat samutan yang baik daripada pihak guru dan pelajar dan ada permintaan daripada pihak sekolah. Permainan ini berbeza dengan permainan scrabble yang sedia ada yang memerlukan pelajar membina perkataan daripada alphabet rumi. Tetapi, inovasi ini mengetengahkan pembinaan perkataan menggunakan suku kata KV. Permainan kelima ialah permainan membina perkataan bahasa Tamil menggunakan kiub kayu. Setiap pelajar akan menerima empat kiub yang mempunyai huruf bahasa Tamil di setiap sisi. Pelajar harus membina perkataan bahasa Tamil menggunakan huruf tersebut. Setiap perkataan yang dibina perlu dibacakan sebelum memina perkataan yang baharu. Kit lexigo ini sedang disebarluas ke sekolah-sekolah tamil dan sedang dikomersialkan melalui Syarikat MG Book dan juga melalui media sosial.

More from the same competition

Browse Showcase
    KIT LEXIGO 2.0 | PENTAS Showcase