KL3IS-26

GATRONYX

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

About the Project

GATRONYX ialah sistem autogate pintar berasaskan Internet of Things (IoT) yang dibangunkan bagi mengatasi kekangan sistem autogate konvensional yang memerlukan alat kawalan fizikal dan mempunyai akses pemantauan yang terhad. Inovasi ini menggunakan ESP32 sebagai mikropengawal utama yang diintegrasikan dengan penderia, servo motor dan aplikasi Blynk, membolehkan pengguna memantau serta mengawal operasi autogate melalui telefon pintar secara masa nyata. Sistem ini menyokong pembukaan dan penutupan pagar secara automatik berdasarkan pengesanan kenderaan serta menyediakan kawalan manual melalui aplikasi mudah alih. GATRONYX menawarkan penyelesaian yang lebih fleksibel, mesra pengguna dan kos efektif, di samping meningkatkan aspek keselamatan, kecekapan dan kemudahan akses. Inovasi ini turut menyokong pembangunan ekosistem rumah pintar (smart home) serta menunjukkan potensi aplikasi teknologi IoT dalam sistem automasi kediaman. Dengan reka bentuk yang praktikal dan mudah diimplementasikan, GATRONYX berpotensi dikembangkan untuk aplikasi yang lebih meluas pada masa hadapan. Kata Kunci: GATRONYX; Internet of Things (IoT); ESP32; Blynk; Sistem Autogate Pintar; Automasi Kediaman; Rumah Pintar.

More from the same competition

Browse Showcase
    GATRONYX | PENTAS Showcase