Floating Trash Collector
Kolej Vokasional Pasir Gudang
About the Project
Pencemaran sungai dan tasik akibat sampah terapung merupakan isu alam sekitar yang semakin membimbangkan di kawasan Pasir Gudang. Sisa seperti plastik dan bahan buangan bukan sahaja menjejaskan keindahan persekitaran, malah boleh mengancam ekosistem akuatik, biodiversiti dan kesihatan awam. Kaedah pembersihan secara manual pula mempunyai kekangan dari segi aksesibiliti, penggunaan tenaga kerja dan kecekapan operasi. Oleh itu, projek ini membangunkan Pengutip Sampah Terapung Kawalan Jauh (Floating Trash Collector) yang juga dikenali sebagai Sang Bedal sebagai penyelesaian inovatif dan praktikal bagi membantu menangani masalah sampah terapung di kawasan perairan. Objektif projek adalah untuk membangunkan alat pengutip sampah terapung yang boleh dikawal dari jarak jauh serta menyediakan kaedah alternatif bagi mengurangkan pencemaran air di kawasan Pasir Gudang. Metodologi melibatkan proses mereka bentuk dan membangunkan sebuah peranti terapung yang dilengkapi mekanisme pengumpulan sampah dan sistem kawalan jauh. Pengujian dilaksanakan untuk menilai keupayaan peranti bergerak di permukaan air serta mengumpulkan sampah terapung dengan berkesan. Hasil pengujian menunjukkan bahawa peranti yang dibangunkan dapat berfungsi dengan berkesan untuk mengumpulkan sampah terapung di sungai dan tasik. Penggunaan sistem kawalan jauh turut memudahkan proses pembersihan tanpa memerlukan tenaga kerja secara langsung di dalam air. Dari aspek impak, projek ini berpotensi membantu mengurangkan pencemaran air dengan kos dan penggunaan tenaga manusia yang minimum. Selain itu, inovasi ini dapat menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar, melindungi ekosistem akuatik serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pengurusan sisa dan kelestarian alam sekitar. Kata Kunci: Pencemaran Sungai,Sampah terapung, alat pengutip sampah, kawalan jauh
More from the same competition
Browse ShowcasePHARMACOLAB: EMPOWERING MEDICAL STUDENTS THROUGH AN INNOVATIVE DIGITAL APPROACH TO PHARMACOKINETICS LEARNING
JABATAN ANATOMI MANUSIA, FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
KL3IS-26e-CARE (Electronic Counselling & Assessment for Resilient Employees)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
KL3IS-263 PHASE WIFI DISTRIBUTION BOX USING TELEGRAM
KOLEJ VOKASIONAL BATU LANCHANG
KL3IS-26