KL3IS-26

DURIO POT

KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) CHENOR

About the Project

Durio Pot ialah inovasi pasu biodegrasi yang dihasilkan daripada kulit durian yang dikeringkan bersama bahan semula jadi yang lain iaitu cocopeat, serbuk kulit telur dan baja tahi ayam. Bahan-bahan ini membantu mengekalkan kelembapan, membekalkan nutrien serta menyokong pertumbuhan anak semaian yang baik serta baik untuk alam sekitar. Pot ini juga adalah bewarna warni dan menjadi satu kelainan dan mempunyai nilai estetika. Pot ini dicampur juga dengan tepung ubi kayu sebegai pelekat dan dijemur kering bagi mengelakkan pertumbuhan kulat dan menguatkan daya tahan produk. Durio Pot ini boleh ditanam terus ke dalam tanah dan akan terurai dengan baik dalam tanah tanpa merosakkan alam sekitar. Oleh yang sedemikian, pasu ini mempunyai ciri-ciri inovasi yang baik dan mengelakkan penggunaan pasu plastik atau polibeg plastik. Kulit durian juga dipilih adalah kerana seratnya dan mempunyai kandungan Kalium (K), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg) dan Fosforus (P). Terdapat juga dalam jumlah kecil unsur Nitrogen (N), membantu pertumbuhan daun dan batang. Disamping itu kulit durian dapat menambah bahan organik tanah, memperbaiki struktur tanah dan meningkatkan pegangan air. Oleh kerana  terdapat pelbagai kandungan nutrien dalam kulit durian dan akibat lambakan kulit durian yang dibuang begitu sahaja maka tercetuslah bekas semaian yang diberi nama Durio Pot ini.

More from the same competition

Browse Showcase
    DURIO POT | PENTAS Showcase