Skip to main content
iNEXT

TAPAI ENERGY BAR

KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

1 view · Published October 19, 2026

About the Project

Tapai Energy Bar merupakan produk inovasi yang diinspirasikan daripada makanan tradisional iaitu Tapai ubi dan digabungkan dengan bahan-bahan berkhasiat seperti oat, kurma, kismis dan kuaci. Inovasi ini dihasilkan bagi memperkenalkan satu snek yang lebih sihat, mudah dibawa dan sesuai dimakan pada bila-bila masa. Tapai ubi mengandungi probiotik hasil proses penapaian yang dapat membantu melancarkan sistem pencernaan serta meningkatkan kesihatan usus. Oat pula merupakan sumber serat yang membantu memberikan rasa kenyang lebih lama dan membekalkan tenaga berterusan. Kurma membekalkan tenaga secara berterusan, manakala kismis mengandungi antioksidan yang baik untuk kesihatan. Kuaci pula kaya dengan protein, lemak sihat dan vitamin E yang membantu menyokong kesihatan tubuh. Gabungan kesemua bahan ini menghasilkan produk yang bukan Sahaja sedap, malah berkhasiat dan sesuai dijadikan snek harian. Tapai Energy Bar sesuai dinikmati oleh pelajar, atlet, pekerja serta individu aktif. Objektif inovasi ini adalah untuk menghasilkan produk berasakan tapai ubi yang lebih moden, meningkatkan nilai komersial tapai serta menggalakkan Masyarakat mengamalkan pemakanan yang lebih sihat melalui pengambilan snek sihat.

More from the same competition

Browse Showcase