S.A.F.E ROAD(solar-powered Automated and Friendly Environment Road)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI TUALANG
1 view · Published October 27, 2026
About the Project
S.A.F.E ROAD merupakan projek inovasi yang menggabungkan Lampu Isyarat Solar dan Solar Automatic Lighting Road Intelligent System (SOLARIS) bagi meningkatkan keselamatan jalan raya serta kelestarian alam sekitar. Projek ini menyasarkan semua pengguna jalan raya dengan memberi tumpuan kepada penggunaan tenaga solar dan teknologi automatik.Masalah yang dikenal pasti ialah lampu isyarat boleh berhenti berfungsi semasa gangguan bekalan elektrik, manakala lampu jalan yang menyala sepanjang malam menyebabkan pembaziran tenaga. Oleh itu, projek ini bertujuan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya, mengurangkan pembaziran tenaga dan memastikan sistem pencahayaan dapat beroperasi semasa gangguan bekalan elektrik. Lampu Isyarat Solar menggunakan panel solar untuk menjana tenaga elektrik yang disimpan dalam bateri bagi membekalkan kuasa kepada lampu isyarat. SOLARIS pula menggunakan tenaga solar dan sensor inframerah untuk mengesan kehadiran kenderaan serta mengawal pencahayaan lampu jalan secara automatik. Sistem ini juga boleh terus berfungsi semasa bekalan elektrik terputus selagi tenaga bateri mencukupi. Kriteria tambahan projek ini ialah penggunaan tenaga boleh baharu, pengesanan kenderaan secara automatik, pencahayaan responsif dan bekalan tenaga alternatif untuk meningkatkan keselamatan serta kecekapan tenaga. Jumlah kos keseluruhan projek ialah RM187.40. Kesimpulannya, S.A.F.E ROAD berpotensi meningkatkan keselamatan jalan raya, mengurangkan pembaziran tenaga dan menyokong kelestarian alam sekitar melalui penggunaan teknologi hijau.
More from the same competition
Browse ShowcaseIDEAL LEARNING SPACE (IDEALLS)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMAN TALIB
MAGIEX26Intelligent Renewable Energy Management System with ESP32 and IoT Integration
KOLEJ VOKASIONAL WAKAF TEMBESU
MAGIEX26MyTempah: Sistem Pengurusan Tempahan dan Kemudahan Pintar Berintegrasikan AI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
MAGIEX26