Skip to main content
MAGIEX26

MyTempah: Sistem Pengurusan Tempahan dan Kemudahan Pintar Berintegrasikan AI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

1 view · Published October 26, 2026

About the Project

MyTempah ialah sistem pengurusan tempahan dan kemudahan pintar berintegrasikan AI yang dibangunkan di bawah ekosistem digital MyUrus, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM). Sistem ini mentransformasikan proses tempahan yang sebelum ini bersifat konvensional dan berasingan kepada satu platform digital berpusat untuk mengurus bilik, ruang, kemudahan, peralatan dan aset. Keunikan utama MyTempah ialah MyRuang AI yang membantu pengguna memilih ruang paling sesuai berdasarkan kapasiti, jenis aktiviti, rekod pembatalan dan kadar penggunaan semasa serta memberikan skor kesesuaian bagi menyokong keputusan yang lebih tepat. MyTempah turut mengautomasi urusan tempahan aset, pemantauan status, pelaporan dan penjanaan dokumen KEW.PA-9. Maklum balas pengguna menunjukkan skor min 4.78 daripada 5 dengan 97.1% respons positif. Dengan 754 rekod tempahan sebenar, MyTempah membuktikan pelaksanaan praktikal, peningkatan kecekapan, pengurangan proses manual dan potensi peluasan ke institusi pendidikan lain.

More from the same competition

Browse Showcase