Skip to main content
iNEXT

PINECORE TROPICA

KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

1 view · Published October 19, 2026

About the Project

PINECORE TROPICA diinspirasikan daripada buah nanas dan penggunaan semula teras nanas yang biasanya dibuang sebagai sisa makanan. Kami menghasilkan inovasi ini dengan menggunakan teras nanas sebagai bahan utama untuk menghasilkan edible cone yang boleh dimakan. Di dalam cone tersebut terdapat Coconut & Gula Melaka Cupcake yang mempunyai filling Coconut Gula Melaka Salted Caramel dan dihiasi dengan Pineapple Whipped Cream. Inovasi ini menggabungkan rasa masam dan manis daripada nanas, rasa lemak daripada kelapa serta rasa karamel daripada gula Melaka. Kami memilih teras nanas kerana bahagian ini sering tidak digunakan walaupun masih mempunyai potensi untuk dijadikan produk makanan. Melalui inovasi ini, kami dapat mengurangkan pembaziran bahan makanan dan menghasilkan produk yang lebih kreatif serta menarik. PINECORE TROPICA sesuai dinikmati oleh pelbagai peringkat umur dan boleh dijadikan sebagai pencuci mulut. Objektif inovasi ini adalah untuk menghasilkan produk baharu menggunakan teras nanas, mengurangkan pembaziran makanan serta mempelbagaikan penggunaan nanas dalam produk bakeri.

More from the same competition

Browse Showcase
PINECORE TROPICA | PENTAS Showcase