Skip to main content
iNEXT

MyBMVerse

SEKOLAH KEBANGSAAN SHAH ALAM

4 views · Published October 19, 2026

About the Project

MyBMVerse merupakan ekosistem pembelajaran digital Bahasa Melayu yang mengintegrasikan kecerdasan buatan, realiti terimbuh, realiti maya dan metaverse bagi menyokong penguasaan literasi murid sekolah rendah. Inovasi ini dibangunkan untuk menangani kesukaran membaca, meningkatkan minat serta menyediakan pembelajaran mengikut tahap penguasaan murid. Ujian diagnostik berasaskan 12 konstruk digunakan untuk mengenal pasti keperluan dan mencadangkan ruang pembelajaran bersesuaian. Lapan ruang interaktif merangkumi aktiviti fonik, pemahaman, penulisan, penceritaan dan permainan digital. Melalui pembelajaran berasaskan projek, murid turut menghasilkan cerita digital secara kreatif dan kolaboratif. MyBMVerse menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, menyokong pemantauan perkembangan murid serta memperluas peranan murid sebagai pencipta kandungan digital dalam pendidikan Bahasa Melayu.

More from the same competition

Browse Showcase