Multi-Pishang
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah
No views · Published September 29, 2026
About the Project
Pisang adalah antara tumbuhan serbaguna yang digunakan secara meluas dalam pembuatan makanan kerana kaya dengan pelbagai khasiat seperti karbohidrat, vitamin B6 dan B12, asid amino, magnesium, potassium, kalium, fusforus dan asid lemak politaktepu. Melihat kepada potensi dan faedahnya, penyelidikan telah dijalankan untuk menghasilkan minuman dan baja. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan serbuk pelbagai guna daripada kulit pisang. Masalah yang ingin diselesaikan ialah pembuangan sisa makanan di malaysia yang sangat tinggi kerana pisang merupakan tanaman ketiga terbanyak di Malaysia. Pisang bukan ditanam di Malaysia sahaja, malah juga di kawasan Asia Tenggara, Amerika Tengah dan Selatan serta Afrika.Jadi, penyelidik telah menghasilkan serbuk yang mengandungi kulit pisang yang telah dibakar dan dikisar untuk dijadikan minuman, kemudian boleh dijadikan baja untuk tanaman seperti bendi, terung dan cili. Di akhir kajian, dapat membuktikan minuman ini dapat memberikan tenaga seperti kopi. Seterusnya, baja dapat berfungsi seperti baja organik tetapi memerlukan masa yang lebih lama. Kesimpulannya, kulit pisang bukan sekadar sisa makanan terbuang tetapi ia menjadi pelbagai fungsi untuk kegunaan seharian di samping mampu menyelamatkan bumi.