Skip to main content
iNEXT

MEDIUM DENSITY RUBBER CRUMB (MDRC)

SMK TAMAN DESA JAYA

1 view · Published September 21, 2026

About the Project

MEDIUM DENSITY RUBBER CRUMB (MDRC) ABSTRACT Masalah pelupusan tayar terpakai yang telah rosak sepenuhnya semakin membimbangkan, memandangkan bahan ini sukar diuraikan dan mencemarkan alam sekitar. Tayar yang tidak lagi digunakan sering berakhir di tapak pelupusan atau dibakar, memberi kesan negatif kepada kesihatan dan ekosistem. Dalam masa yang sama, pintu tandas di sekolah kerap mengalami kerosakan akibat vandalisme dan penggunaan yang lasak, menyebabkan kos penyelenggaraan meningkat. Kajian ini membentangkan inovasi pintu yang diperbuat daripada campuran rubber scrumb dan resin sebagai alternatif lestari dan tahan lama. Bahan ini bukan sahaja memanfaatkan tayar terbuang, malah menghasilkan perabot (pintu, kerusi , meja & lain-lain), barang hiasan seperti pasu, patung, medal, plague dan laian-lain peralatan yang kukuh, kalis air , ringan dan tidak mudah pecah. Tambahan pula, pintu ini tidak dimakan anai-anai, menjadikannya sesuai untuk kegunaan jangka panjang di kawasan berisiko tinggi. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan bahan terbuang secara kreatif mampu menyelesaikan dua isu utama: pencemaran tayar dan medium yang paling sesuai untuk menggantikan MDF (Medium Density Fibreboard).

More from the same competition

Browse Showcase