Skip to main content
MAGIEX26

Kit GlotisXperience

SK Sg. Buri

No views · Published November 1, 2026

About the Project

Kit GlotisXperience merupakan inovasi pembelajaran Bahasa Iban yang dibangunkan bagi meningkatkan penguasaan murid terhadap bunyi glotis dan ketepatan ejaan perkataan yang mempunyai persamaan ejaan tetapi berbeza sebutan dan makna. Inovasi ini mengintegrasikan bahan maujud dan digital melalui busy book, audio kod QR, elemen nyanyian serta kuiz interaktif berasaskan pendekatan Visual, Auditori dan Kinestetik (VAK). Pelaksanaan secara sistematik melibatkan ujian pra, aktiviti penerokaan, pembelajaran kendiri dan ujian pasca bagi menilai keberkesanan intervensi. Hasil pelaksanaan menunjukkan peningkatan keupayaan murid membezakan bunyi glotis, mengeja dengan tepat tanpa penambahan huruf “k” pada perkataan yang mempunyai sebutan glotis serta menunjukkan keterlibatan dan minat yang tinggi. Inovasi ini berpotensi memperkukuh penguasaan fonologi melalui pembelajaran interaktif, bermakna dan berpusatkan murid.

More from the same competition

Browse Showcase