Skip to main content
MAGIEX26

A.S.T.R.A Board

SK DEMANG TAHA MASJID TANAH MELAKA

No views · Published November 1, 2026

About the Project

A.S.T.R.A Board merupakan inovasi papan permainan pendidikan yang mengintegrasikan pembelajaran Bahasa Arab dengan kemahiran STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) serta Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Inovasi ini dibangunkan bagi mewujudkan pembelajaran Bahasa Arab yang menyeronokkan, aktif dan bermakna melalui pendekatan Play, Think, Speak and Solve untuk menyelesaikan masalah murid tidak kuasai 18 kosa kata Panjang Bahasa Arab. Kosa kata untuk bab ketiga tahun 5 berkaitan Sukan Permainan dan Unit Beruniform ini panjang iaitu 2 hingga 3 kalimah bagi menggambarkan satu makna perkataan. Pelaksanaan inovasi melibatkan 30 orang murid dengan tempoh sebulan untuk pembangunan inovasi masing-masing, sehari untuk pembentangan dan sehari untuk ujian penguasaan kosa kata. Mekanisme permainan menggabungkan komponen Arabic, STEM, Thinking dan Reasoning Adventure melalui kad cabaran, komunikasi bahasa Arab dan aktiviti penyelesaian masalah. Dapatan ujian menunjukkan bahawa 10 orang murid (33.3%) berjaya menghafaz 18 kosa kata, manakala 15 orang murid (50%) menguasai antara 12 hingga 17 kosa kata. Selebihnya, lima orang murid (16.7%) menguasai antara 10 hingga 11 kosa kata. Secara keseluruhan, kesemua peserta berjaya menguasai sekurang-kurangnya 10 kosa kata berdasarkan kategori pencapaian yang direkodkan. Dapatan ini menunjukkan potensi A.S.T.R.A Board sebagai alternatif pembelajaran Bahasa Arab berasaskan permainan yang membantu penguasaan kosa kata panjang dan penglibatan aktif murid. Penilaian lanjut melalui ujian pra dan pasca diperlukan untuk mengukur keberkesanan inovasi secara lebih menyeluruh. Kata kunci: A.S.T.R.A Board, Bahasa Arab, STEM, KBAT, kosa kata

More from the same competition

Browse Showcase