KEROCYCLE PRO
SMK TAMAN DESA JAYA
10 views · Published September 21, 2026
About the Project
KEROCYCLE PRO Abstract KEROCYCLE PRO merupakan inovasi mesin pembersih komponen automotif yang direka bagi meningkatkan kecekapan kerja bengkel serta mengurangkan pembaziran minyak kerosin. Mesin ini menggunakan tangki kitar semula yang dihasilkan daripada tong refrigeran R32 terpakai, sekali gus menyokong amalan kelestarian melalui penggunaan semula bahan buangan. KEROCYCLE PRO dilengkapi dengan motor pam bertekanan 90 PSI, bateri boleh dicas semula 24–48V (cordless drill battery) serta sink tap yang memudahkan proses mencuci komponen automotif yang diselaputi gris, minyak dan kotoran. Berbeza dengan amalan konvensional yang membuang kerosin selepas digunakan, sistem ini menapis kekotoran melalui penapis khas sebelum mengitar semula kerosin untuk digunakan berulang kali. Pendekatan ini bukan sahaja mengurangkan kos operasi bengkel, malah mengurangkan sisa bahan buangan yang mencemarkan alam sekitar. KEROCYCLE PRO menawarkan penyelesaian yang praktikal, mudah alih, mesra pengguna dan mesra alam, sekali gus menyokong budaya inovasi hijau serta meningkatkan kecekapan penyelenggaraan dalam industri automotif dan pendidikan TVET.
More from the same competition
Browse ShowcaseMaths Buddy for Year 4 Multiplication and Division Problem Solving
SJKT DENGKIL
iNEXTCOMMSENSE AI – An AI-Based Platform for Enhancing Students’ Presentation and Communication Skills
Faculty of Education, Social Sciences and Humanities, Universiti Poly-Tech Malaysia
iNEXTSAVE OUR NATURE
SJKT VAGEESAR
iNEXT