Skip to main content
iNEXT

DRAGON PEEL NONA

KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

1 view · Published October 19, 2026

About the Project

DRAGON PEEL NONA merupakan produk inovasi yang dihasilkan daripada kuih nona dengan menggunakan kulit buah naga sebagai bahan tambahan utama. Idea ini tercetus apabila kami melihat kulit buah naga yang kebiasaannya dibuang selepas isi buah digunakan. Kami cuba menggunakan semula kulit tersebut dalam penghasilan kuih supaya dapat mengurangkan pembaziran dan pada masa yang sama menghasilkan sesuatu yang berbeza daripada kuih nona biasa. Kulit buah naga digunakan untuk memberikan warna merah jambu semula jadi kepada produk. Warna tersebut menjadikan kuih nona kelihatan lebih menarik dan sesuai dengan konsep inovasi makanan tradisional. Produk ini masih mengekalkan ciri asas kuih nona dari segi tekstur dan rasa, tetapi mempunyai kelainan dari segi penggunaan bahan dan persembahan. Melalui penghasilan DRAGON PEEL NONA, kami dapat mengembangkan idea baharu menggunakan bahan yang mudah diperoleh serta memberi nilai tambah kepada kuih tradisional.

More from the same competition

Browse Showcase