Skip to main content
MAGIEX26

BAHASFERA: Inovasi Pembelajaran Kesantunan Berbahasa dalam Komunikasi Digital

Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak

22 views · Published November 1, 2026

About the Project

BAHASFERA: Inovasi Pembelajaran Kesantunan Berbahasa dalam Komunikasi Digital dibangunkan sebagai bahan pembelajaran untuk meningkatkan kesedaran tentang kesantunan berbahasa dalam komunikasi digital. Pemerhatian awal dan data tinjauan menunjukkan jurang yang kritikal kerana penggunaan internet dalam kalangan remaja melonjak tinggi sehingga 94%, sekali gus membuka ruang kepada normalisasi penggunaan bahasa kasar, luapan kata kesat, dan runtuhnya akhlak berkomunikasi di media sosial dari segi penggunaan kata sapaan serta laras bahasa yang tidak sesuai. Inovasi ini berobjektif untuk membimbing murid mengenal pasti penggunaan bahasa yang santun mengikut konteks, membezakan laras bahasa formal dan tidak formal secara tepat, serta membetulkan mesej kurang santun melalui aktiviti interaktif. Metodologi pelaksanaan inovasi berasaskan platform web Lovable ini melibatkan empat fasa utama iaitu mengenal pasti isu, merancang kandungan laras bahasa, mencipta situasi simulasi komunikasi, dan membangunkan aplikasi pembelajaran digital. Keberkesanan inovasi ini diuji melalui instrumen ujian sebelum dan ujian selepas yang melibatkan sampel murid. Data yang diperoleh dianalisis secara kuantitatif bagi mengukur peratusan peningkatan tahap pemahaman murid sebelum dan selepas intervensi. Keunikan BAHASFERA terletak pada nilai tambahnya yang menerapkan elemen gamifikasi berkonsepkan 'detektif bahasa' untuk menyokong Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) secara kendiri tanpa melibatkan kos pengeluaran. Produk ini mempunyai nilai komersial yang tinggi untuk dipasarkan sebagai bahan sokongan digital pengajaran Bahasa Melayu di sekolah. Secara keseluruhannya, inovasi ini terbukti efektif sebagai medium interaktif yang bukan sahaja menyokong penguasaan bahasa, malah selari dengan aspirasi Kurikulum Persekolahan 2027 dalam pembentukan karakter murid yang beretika, bersahsiah unggul, dan bertanggungjawab dalam persekitaran digital.

More from the same competition

Browse Showcase