Skip to main content
KILIEx 26

SMART RECYCLE BIN

SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU KLUANG

1 view · Published September 27, 2026

About the Project

Projek SMART RECYCLE BIN dibangunkan bagi meningkatkan kesedaran dan amalan kitar semula dalam kalangan murid melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan micro:bit. Inovasi ini dijalankan kerana masih terdapat murid yang kurang memahami cara mengasingkan sampah mengikut kategori yang betul. Projek ini menggunakan AI Lens untuk mengenal pasti jenis sampah dan sensor untuk mengesan tong sampah penuh. Kaedah pembangunan melibatkan reka bentuk prototaip, pengaturcaraan micro:bit dan pengujian fungsi sistem. Hasil kajian menunjukkan bahawa SMART RECYCLE BIN dapat membantu murid mengasingkan sampah dengan lebih tepat. Kesimpulannya, projek ini berpotensi meningkatkan kesedaran alam sekitar dan menyokong amalan 3R di sekolah dan juga di luar kawasan sekolah.

More from the same competition

Browse Showcase