Sistem Efisien Sesi dan Informasi Kaunseling (SESIQ)
KOLEJ VOKASIONAL PASIR MAS
8 views · Published November 1, 2026
About the Project
Sistem Efisien Sesi dan Informasi Kaunseling (SESIQ) merupakan inovasi digital yang dibangunkan bagi meningkatkan kecekapan, sistematik dan profesionalisme pengurusan kaunseling. Pembangunan sistem ini didorong oleh cabaran pengurusan rekod secara konvensional dan tidak berpusat yang mengakibatkan kesukaran mengakses maklumat, ketidakseragaman rekod, kelewatan penyediaan laporan serta risiko keciciran dan kesilapan data. SESIQ direka untuk menyediakan platform pengurusan rekod kaunseling yang tersusun, mudah diakses dan selamat. Sistem ini dibangunkan menggunakan HTML5 sebagai struktur halaman, CSS3 bagi reka bentuk antaramuka dan JavaScript untuk pelaksanaan fungsi interaktif. Integrasi Google Firebase membolehkan pengesahan pengguna melalui Firebase Authentication serta penyimpanan data secara digital. Metodologi Prototaip dicadangkan sebagai pendekatan pembangunan kerana membolehkan sistem dibangunkan secara berperingkat, diuji dan ditambah baik berdasarkan maklum balas pengguna Unit Psikologi dan Kaunseling (UPK). Proses pembangunan merangkumi pengenalpastian keperluan, pembinaan prototaip, pengujian fungsi serta penambahbaikan sistem dengan mengambil kira kerahsiaan maklumat dan keperluan penyelenggaraan. Secara keseluruhannya, SESIQ berpotensi mentransformasikan pengurusan kaunseling melalui pendigitalan rekod yang lebih cekap, teratur dan responsif. Inovasi ini bukan sekadar memodenkan pengurusan maklumat, malah menjadi pemangkin kepada pembudayaan tadbir urus kaunseling yang berasaskan teknologi, integriti dan kepercayaan demi meningkatkan kualiti perkhidmatan serta kesejahteraan warga institusi. Kata kunci: SESIQ, sistem pengurusan kaunseling, inovasi digital, metodologi prototaip, pendigitalan rekod.