Skip to main content
KILIEx 26

PSH-KPI SMART : SISTEM PINTAR PENGURUSAN DAN PEMANTAUAN KPI PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT

KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL

No views · Published September 22, 2026

About the Project

Pengurusan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators, KPI) merupakan elemen penting dalam memastikan pencapaian sasaran Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) dipantau secara sistematik. Namun, pengurusan data secara manual dan berasingan menimbulkan isu seperti pertindihan rekod, kesukaran mendapatkan maklumat terkini, kelewatan penyediaan laporan dan ketidakcekapan pemantauan pencapaian KPI. Sehubungan itu, PSH-KPI SMART dibangunkan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan pemantauan KPI PSH. Sistem ini dibangunkan menggunakan Microsoft Excel dan mengintegrasikan tiga komponen utama, iaitu pencapaian KPI, maklumat kursus bulanan dan senarai peserta kursus dalam satu platform berpusat. Sistem membolehkan data direkod, dikemas kini, disemak dan dirujuk secara sistematik serta memudahkan pemantauan status pencapaian KPI dan penyediaan laporan. Pelaksanaan PSH-KPI SMART memberi manfaat melalui pengurangan kebergantungan terhadap rekod manual, peningkatan kecekapan pengurusan maklumat, kebolehkesanan data dan akses kepada maklumat yang lebih tersusun. Sistem ini turut menyokong perancangan program, penilaian prestasi dan pembuatan keputusan berasaskan data. Kesimpulannya, PSH-KPI SMART merupakan inovasi digital yang praktikal dan mesra pengguna dalam memperkukuh pengurusan serta pemantauan prestasi PSH secara sistematik dan berterusan.

More from the same competition

Browse Showcase