Normalise Legal Premise (NLP)
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
No views · Published October 31, 2026
About the Project
Normalise Legal Premise (NLP) merupakan inovasi proses kerja dan pengurusan yang dihasilkan oleh Kumpulan The Tracker, Jabatan Pelesenan dan Penjaja, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bagi menangani lambakan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran dalam kawasan pentadbiran MPKj. Program ini diperkenalkan pada tahun 2016 dan sentiasa ditambah baik dengan matlamat menyediakan pendekatan normalisasi yang lebih sistematik melalui pemberian permit perniagaan sementara kepada aktiviti perniagaan yang memenuhi syarat. Keunikan utama NLP berbanding lesen perniagaan sedia ada ialah pendekatannya yang bersifat “normalisasi” terhadap perniagaan yang telah beroperasi tanpa kebenaran. Berbanding proses pelesenan biasa yang berasaskan permohonan lesen, NLP dimulakan melalui bancian atau inventori aktiviti perniagaan secara menyeluruh, mengenal pasti perniagaan yang beroperasi, menilai kelayakan dan seterusnya menawarkan laluan pematuhan melalui permit perniagaan sementara. Pendekatan ini menggabungkan kawalan, pematuhan dan penyelesaian dalam satu proses, berbanding kebergantungan kepada tindakan penguatkuasaan seperti kompaun dan sitaan semata-mata. NLP turut memanfaatkan teknologi sedia ada melalui penggunaan kod imbas, Google Form, Google Sheet dan sistem e-Lesen bagi melaksanakan bancian, pengumpulan serta pengurusan data secara lebih tersusun. Pemilik perniagaan yang layak dihubungi untuk mengemukakan permohonan, manakala permohonan lengkap diproses dalam tempoh 30 hari bekerja. Pelaksanaan NLP memberi impak terhadap kawalan aktiviti perniagaan, pengurusan data, kecekapan penyampaian perkhidmatan, kepuasan pelanggan serta peningkatan hasil bukan cukai MPKj. Inovasi ini turut merangkumi empat elemen utama, iaitu berimpak tinggi, nilai untuk wang, pendigitalan dan kemampanan, serta mempunyai potensi untuk direplikasi oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain. Perkongsian inovasi NLP telah dilaksanakan bersama beberapa PBT termasuk Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Majlis Bandaraya Seremban.
More from the same competition
Browse Showcasee-OKU System or The Online Vehicle Stickers Application System for Disabled Person or Orang Kurang Upaya (OKU).
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
MAGIEX26META-ASSESS ONLINE ASSESSMENT OF TAX OBJECTION MANAGEMENT INNOVATION
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG, MENARA MPKj
MAGIEX26BAJA ORGANIK CECAIR
SMK SUNGAI RANGGAM
MAGIEX26