KERANGKA KAJIAN TINDAKAN - AR EXPRESS
SM SAINS KOTA TINGGI
4 views · Published October 8, 2026
About the Project
AR-EXPRESS merupakan inovasi kerangka kajian tindakan berbantukan ejen kecerdasan buatan yang dibangunkan bagi memudahkan pendidik menghasilkan laporan kajian tindakan secara sistematik, pantas dan berstruktur. Inovasi ini menggabungkan laman sesawang yang menyediakan kerangka kitaran kajian tindakan dengan ejen kecerdasan buatan yang menjana draf laporan berdasarkan maklumat yang dimasukkan oleh pengguna. Pembangunan AR-EXPRESS bertujuan menangani beberapa cabaran utama dalam pelaksanaan kajian tindakan, khususnya kekangan masa, beban tugas, kekurangan pengalaman praktikal, ketidakfahaman terhadap kaedah serta keterbatasan sokongan dan sumber. Kerangka yang dibangunkan mengintegrasikan peringkat perancangan, tindakan, penilaian, penambahbaikan dan refleksi, manakala ejen kecerdasan buatan berfungsi sebagai alat sokongan dalam penjanaan draf laporan. Pendekatan human-in-the-loop diterapkan bagi memastikan pendidik kekal sebagai penyemak dan penentu kandungan akhir. AR-EXPRESS berpotensi mempercepat penulisan laporan, menyeragamkan proses dokumentasi serta menggalakkan amalan refleksi berterusan. Namun, penggunaannya perlu disokong tadbir urus etika, perlindungan data dan pengesahan manusia. Kata kunci: AR-EXPRESS; kajian tindakan; kecerdasan buatan; pendidik; refleksi profesional
More from the same competition
Browse ShowcaseCITRON PASTE
KV ERT SETAPAK
KILIEx 26LOVE THE FUTURE GENERATION: AN E-TOOLKIT TO EMPOWER THE ROLE OF COMMUNITY LEADERS TO PROTECT CHILDREN FROM DRUG ABUSE
Faculty of Administrative Science and Policy Studies, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
KILIEx 26JOM CERITA: Transformasi Literasi Melalui Gamifikasi Digital
SEKOLAH KEBANGSAAN ISKANDAR PERDANA
KILIEx 26