Skip to main content
IRISE27

INTEGRATED AUDIT MANAGEMENT SYSTEM (IIAMS)

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

2 views · Published October 27, 2026

About the Project

Pengurusan audit dalaman secara konvensional sering berdepan cabaran dokumentasi tidak berpusat, kesukaran menjejak dapatan audit dan kelewatan pemantauan tindakan pembetulan. Justeru, IAB Integrated Audit Management System (IIAMS) dibangunkan sebagai inovasi digital berasaskan web bagi mentransformasikan pengurusan Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 di Institut Aminuddin Baki (IAB). Inovasi ini mengintegrasikan proses perancangan audit, pengurusan dokumen, perekodan dapatan, pelaksanaan tindakan pembetulan, verifikasi dan pemantauan susulan melalui satu platform berpusat. Keunikan IIAMS terletak pada keupayaannya menyediakan pengurusan audit secara sistematik, telus dan mudah dijejaki, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap dokumentasi manual. Pelaksanaan IIAMS sejak tahun 2025 menyokong peningkatan kecekapan pengurusan rekod, kebolehkesanan dapatan dan keberkesanan pemantauan tindakan pembetulan. Inovasi ini turut memperkukuh tadbir urus, akauntabiliti dan budaya penambahbaikan berterusan berteraskan Sistem Pengurusan Kualiti. Dengan potensi peluasan ke organisasi pendidikan lain, IIAMS menjadi pemangkin transformasi pengurusan audit digital yang mampan, selaras dengan aspirasi IAB sebagai Powerhouse KPM dalam memperkasakan kecemerlangan kepemimpinan pendidikan.

More from the same competition

Browse Showcase