KILIEx 26

BIOQUEST: INTERACTIVE AUGMENTED REALITY LEARNING SYSTEM FOR BIOLOGICAL STRUCTURES AND SYSTEMS

SMA AL-MAARIF

About the Project

Kajian ini menilai potensi BIOQUEST: Interactive Augmented Reality Learning System for Biological Structures and Systems, iaitu inovasi yang mengintegrasikan Bio AR Card, model tiga dimensi (3D) dan teknologi Augmented Reality (AR) untuk menyokong pembelajaran struktur dan fungsi komponen sel, organ serta sistem tubuh badan manusia dalam Biologi Tingkatan 4 KSSM. Persoalan kajian ialah sama ada pencapaian murid selepas penggunaan BIOQUEST lebih tinggi berbanding pencapaian melalui kertas ujian bercetak dan Google Form. Hipotesis kajian menyatakan bahawa penggunaan BIOQUEST dapat meningkatkan pencapaian murid bagi kandungan yang diuji. BIOQUEST dibangunkan menggunakan Engineering Design Process (EDP) melalui fasa Ask, Imagine, Plan, Create, Test dan Improve. Keberkesanan dinilai secara deskriptif menggunakan set soalan yang sama dalam tiga fasa berturutan: kertas ujian bercetak, Google Form dan Bio AR Card. Purata pencapaian meningkat daripada 52.8% kepada 67.5% dan seterusnya 87.8%, iaitu peningkatan keseluruhan 35.0 mata peratus. Walau bagaimanapun, reka bentuk berturutan dan pendedahan berulang terhadap soalan yang sama mengehadkan kesimpulan sebab-akibat. Secara keseluruhannya, BIOQUEST menunjukkan potensi sebagai bahan sokongan pembelajaran yang menggabungkan kad fizikal, visualisasi 3D, AR dan aktiviti interaktif untuk membantu murid meneroka konsep Biologi secara lebih visual dan aktif. Kata kunci: BIOQUEST, Bio AR Card, Augmented Reality (AR), visualisasi 3D, Biologi Tingkatan 4

More from the same competition

Browse Showcase
    BIOQUEST: INTERACTIVE AUGMENTED REALITY LEARNING SYSTEM FOR BIOLOGICAL STRUCTURES AND SYSTEMS | PENTAS Showcase